Home | business centre | : : Latest Bout Me : : | : : myThanks : : | : : about me : : | : : myFamily : : | : : myClass : : | : : ailatul adil : : | : : myCrew : : | : : mySchool : : | myDiary | : : myStyle : : | : : myAlbum : :

ahmad syazwan

: : myDiary : :

SEJARAH °BELAH 8°

KUMPULAN BELAH 8
  Bermula sebuah kisah................ Pada 18 September 2003, setelah diberi kebenaran oleh guru yg bertugas untuk membuat aktiviti sendiri di Jeti Kuah, Pulau Langkawi, 8 orang remaja yg terdiri daripada eWunz/Ahmad , Adila, Farah, Mahirah/Mehran, Shahrul, Din, Wan dan Devend terus pergi ke sebuah teksi untuk ke Pekan Kuah. Tambang teksi untuk ke sana ialah RM1 sopalo. Setibanya di sana, mereka terus mencari gerai makan untuk membasahkan tekak mereka yg kering akibat cuaca yg panas terik. Disebabkan Din bermurah hati, dia membayar bayaran untuk minuman mereka semua kecuali Farah kerana dia sudah pun membayarnya terlebih dahulu. Hahahahahah.
        Setelah selesai minum, mereka memulakan aktiviti membeli-belah. Pada mulanya mereka ke kedai-kedai kraftangan untuk survey harga barang-barang souvenirs. Ketika mereka semua sedang leka membeli-belah, Adila menunjukkan mukanya yg masam mencuka kerana handphonenya sudah kehabisan bateri. Padan muker. Kemudian,Ahmad plak tgh fras tak jumper brg yg dier beli utk family ngan buah hati dier,sehinggalah terjumper sebuah kedai yg menjual brg sauvenirs yg cantik dan berpatutan...dier pon beli buku utk kekasih dier(harap kekasih dier suker).Selepas itu
 mereka ke kedai-kedai yg berhampiran untuk membeli-belah lagi. Mahirah kelihatan sugul sekali apabila tidak menjumpai beg sandang yg dia kehendaki. Apabila menjumpai beg itu, dia terjumpa kasut sukan pula. Dia pun berada di dalam kekeliruan di tahap maksima. Pilih jangan tak pilih.....Kesemua mereka sudah pun membeli barang yg mereka kehendaki. Tiba-tiba Farah merungut yg dia masih tidak dapat membeli barang yg dia kehendaki iaitu Oreo. Kami pun mencari kedai yg menjualnya di seluruh pekan itu. Keranamu oreo...Maybe kat situ Oreo tak popular kot,sampai hanyer satu kedai jer jual Orea....sedih tol.
         Mereka ke gerai makan yg sama untuk berehat seketika setelah kaki mereka lenguh kerana berjalan tanpa henti. Farah yg memesan roti canai berkata Cepat skit ye pak cik. Kami nak blah ni. Kelapan-lapan mereka tergelak kerana salah seorang dari mereka berkata potong lapan ye pak cik. Cuba bayangkan, roti canai dibahagikan kepada lapan.. bermula dari situlah tertubuhnya kumpulan BELAH LAPAN 
          Mereka menaiki kapal untuk ke Jeti Kuala Perlis. Kemudian, berlakulah satu kejadian di luar jangkaan mereka semua. Setelah penat bercerita dan berkongsi pengalaman antara satu sama lain, mereka pun menjadi penat dan terlelap kecuali Amad, Adila, Din dan Shah. Farah yg kelihatan letih sekali terlelap dan kepalanya asyik bergerak-gerak. Di atas desakan dan sokongan Amad, Adila dan Din, Shah menolak kepala Farah ke bahunya. Mereka bertiga pun tergelak dengan perlahan kerana khuatir akan mengganggu penumpang lain yg juga sudah di layar bahtera ke dunia ciptaan mereka. Farah ni banyak betul mencetuskan kontroversi.Mereka yg tidak begitu menonjol ialah Deven dan Wan. Mungkin mereka malu atau memang mereka dilahirkan sebegitu.
          Marilah kita bersama-sama mendoakan agar mereka berlapan tidak lost contact to each other. Amin..
 
hasil nukilan.....
adeela busuk•eWunz

kemma.jpg
team belah 8